Inilah Rahsia Dato Vida Sentiasa Murah Rezeki. Alhamdulillah boleh kita amalkan


#~Ya, siapa yang mahu melalui kehidupan ini dengan keadaan yang begitu susah kan, saya pun tak mahu. Rezeki adalah segala jenis sesuatu yang boleh diambil manfaat darinya seperti harta, jodoh, anak, kebahagiaan dan kesenangan. Ok, jom kita tilik 20 cara mudah supaya murah rezeki. 

1.   Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah , di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah. Kerana maksud firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2.   Memperbanyakkan istighfar memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita. Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)  

3.   Meninggalkan perbuatan dosa, kerana istighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi)

4.   Banyak ingat Allah, inilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5.   Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.   Menyampaikan hajat orang lain, sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita. Sabda Rasulullah S.A.W: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. 

9.   Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.   Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah nak masuk.

11.  Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.   Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.   Sedekah, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.   Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang

15.   Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.   Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) 

17.   Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki, contohnya dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan

18.   Sentiasa berdoa kepada Allah, tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian terhadap doa kita


19.   Berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah

20.   Bertawakal, berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah : Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment